Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?
Pada pandangan saya, beberapa transformasi perlu dilalui oleh guru. Guru perlulah melengkapkan dirinya dengan kemahiran berkomunikasi dan 'softskill' yang mantap. Selain itu perlulah memahami tentang perbezaan individu dari sudut psikologi dan meningkatkan pembacaan berkaitan bidang dan perkembangan isu-isu semasa. Ini kerana arus proses globalisasi tidak akan terus menunggu bahkan kitalah yang sepatutnya mengejarnya, disamping tidak hanyut dalam arus globalisasi tajaan barat yang kadangkala melekakan sehinggakan ada dikalangan kita yang terpengaruh dengan segala yang dibawa dari barat.
Sebagai menyahut seruan dari falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari aspek JERIS guru berperanan juga memastikan pelajar yang bakal lahir nanti bukan sahaja bijak dari segi banyaknya bilangan A yang diprolehi bahkan mampu mengeluarkan generasi pelajar yang terpelajar dan pemikir yang bijak mengolah dan membaca keadaan semasa dan persekitaran dengan pandangan sarwajagat.
Penerapan nilai- nilai positif dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran berfikir, kemahiran sains dan ICT serta kemahiran penyelesaian masalah (berfikir dan kretiviti) dan berfikir kritis, inovatif, literasi media dan sistem maklumat perlu dilakukan oleh semua guru sesuai dengan peranan pendidikan itu sendiri.
Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?
Sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari saya akan menggalakkan semua guru di sekolah tersebut supaya memanfaatkan kesemua peralatan yang dibekalkan dengan sepenuhnya, seperti peralatan ICT. Di samping itu menggunakan pendekatan yang berpusatkan pelajar dan membestarikan P&P sesuai dengan matlamat sekolah bestari iaitu pembentukan individu yang celik IT dan membentuk individu yang berfikir. Seterusnya saya akan membantu para guru dan menggalakkan mereka menyediakan BBM untuk menjadikan proses P&P lebih berkesan. BBM yang dihasilkan akan diletakkan di bilik BBM supaya dapat digunakan untuk mengajar tajuk berkaitan subjek yang diajar. Dengan menghasilkan BBM dalam pelbagai bentuk yang menarik dapat membantu guru menjimatkan masa mengajar dan menjimatkan masa untuk menyediakan BBM apabila kesemua guru bekerjasama menghasilkan bahan bantu tersebut.

Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?
Menghasilkan bahan2 dan isi pelajaran berkaitan tajuk yang diajar dalam PI seperti dalam bentuk power point dan soalan2 latihan dengan memuatkannya di dalam blog saya sendiri. Bahan tersebut dapat diakses oleh semua pelajar di mana sahaja secara individu atau kumpulan. Di samping itu menghasilak satu ruang untuk membolehkan para pelajar berinteraksi dengan saya seperti untuk bertanya soalan atau memberi komen.
2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?
Menyediakan nota dan isi penting serta isu2 contohnya dalam e learning dan menyenaraikan alamat url atau laman web tertentu berkaitan dengan tajuk/subjek tertentu yang dapat diakses.
3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?
Menyediakan nota berkaitan isi pelajaran dan tajuk yang diajar dan membina soalan dalam bentuk yang menarik serta memberi tugasan kepada pelajar supaya menjawab solan yang disediakan.
Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?
Seperti biasa saya akan menerima sesuatu tugasan yang diberikan dengan hati terbuka. Tetapi bagi subjek ni, ada rasa sedikit terbeban disebabkan saya rasa banyak perkara yang saya tidak tahu berkaitan multimedia. Walaupun setiap minggu banyak perkara baru yang saya pelajari, saya terfikir macammana saya nak gabung dan gunakan semua yang saya belajar dengan sepenuhnya. Contohnya saya pernah belajar daripada kawan dan menggunakan adobe photoshop dan movie maker sebelum ni. Apabila belajar di dalam kelas ianya memang sangat membantu menambahkan pengetahuan sedia ada saya. Ketika diberi tugas untuk membuat koswer ni saya rasa agak seronok dan dengan adanya kerja secara berkumpulan untuk sama2 berkongsi idea bagi menyiapkan tugasan projek ni.
2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?
Bagi saya projek ini sangat membantu saya untu menjalani praktikum nanti. Ini kerana sepanjang menyiapkan projek ini ustaz dan kawan2 banyak membantu saya memberikan idea dan pandangan yang positif dan sangat bernilai menyebabkan saya rasa seronok dan tidak tertekan. Saya berharap apa yang dipelajari akan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan untuk latihan mengajar dan juga pada masa depan.
3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?
TIDAK. Kaedah ini saya rasakan sesuai dan dapat memotivasikan diri apabila kawan2 dapat memberikan komen dan ianya boleh mempertingkatkan diri, menambah pengalaman serta membaiki kelemahan yang ada. Dalam masa yang sama fasi juga perlu memberikan komen terhadap hasil yang dibentangkan itu, Dengan bintang yang diperolehi setelah dinilai nanti membolehkan diri memuhasabah kelemahan dan kelebihan yang dikenalpasti.
Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?
Tidak perlu diubah sukatan tersebut. Ini kerana sukatannya adalah sesuai dan perlunya penambahbaikan iaitu pensyarah perlu menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami contohnya menggunakan dwi bahasa. Di samping itu perlulah menunjukkan lebih banyak contoh atau hasil yang berkaitan konsep yang diajar. Pengajaran seharusnya tidak terlalu cepat kerana terdapat segelintir pelajar yang lambat 'pick up'.

wallahua'lam.
Sincerly :
Pena hikmah 09
0 comments:
Post a Comment