UJIAN…
Dulu,
Selalu terfikir olehku,
Mengapa harus diriku diuji,
Dengan ujian yang tak mampu aku tanggung...
Seringkali ku tertanya,
Mengapa aku dipilih,
Mengapa harus aku,
Mengapa?
Adakah kerna aku sentiasa leka,
Adakah kerna selalu berbuat dosa,
Atau kerana terlau asyik
Dalam rahmatMu, ya Rabbi...
Setelah aku melapangkan dada,
Mengamankan minda buat seketika
Menginsafi kealpaan jiwa,
Bangun memuhasabah diri,
Bangkit dari kelalaian hati,
Menyesali rasa sangsi...
Kini,
Aku mengerti,
Tuhan takkan menguji akan sesuatu
Yang di luar kemampuan hambaNya,
Tuhan maha mengetahui
Diriku yang kerdil ini
Bisa menempuh segala onak duri...
Dalam kerendahan diri,
Aku menyedari,
Di sebalik dugaan menimpa,
Punya hikmah yang tersembunyi,
Walau terkadang ku terfikir
Apakah hikmahnya itu?
Namun,
Setelah ku hayati
Bersama hati yang lapang,
Tersingkap rahsia
yang tak pernah terdetik di hatiku
Akan kebenarannya
Nukilan rasa,
Fiz 08.
Wednesday, April 8, 2009
koleksi puisiku...
Posted by penahikmah at 11:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment